Monday 23 April 2012

KERJASAMA DENGAN DELEGASI JEPUN

PILIH AL JABBAR GROUP TERAJU PROGRAM RAWAT KANSER TAHAP III DAN IV

Pilihan itu juga dibuat kerana prestasi cemerlang Al Jabbar Group.Com dalam menerajui bidang perubatan alternatif moden serta pemasaran yang agresif dan berkesan dimana terbukti dengan penubuhan lebih 18 buah anak syarikat dan memilki 40 bilik pameran seluruh malaysia







Melihat pencapaian Al Jabbar Group.Com yang mempunyai ranking tertinggi dalam perniagaan perubatan alternatif moden di Malaysia, sebuah delegasi daripada Tokyo, Jepun berbesar hati ingin berganding bahu dalam usaha merawat dan mencegah kanser tahap ketiga dan keempat.


Pilihan itu juga dibuat kerana prestasi cemerlang Al Jabbar Group. Com dalam menerajui bidang perubatan alternatif moden serta pemasaran yang agresif dan berkesan dimana terbukti dengan penubuhan lebih 18 buah anak syarikat dan memiliki 40 buah bilik pameran di seluruh malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group. Com, Mohd Kamaruzaman Che Hussain berkata, jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak memperluaskan lagi kaedah rawatan alternatif moden dimana ia memfokuskan kepada pesakit-pesakit kanser.


"Kami akan berganding bahu membantu pesakit kanser di negara ini menggunakan kaedah alternatif moden yang telah lama digunakan secara meluas di Jepun".


"Usaha ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial dan langkah awal mencegah kanser yang bermula daripada gaya hidup seseorang", katanya.


Sementara itu, Katsuki Sawabe salah seorang delegasi yang memiliki 14 hospital dan 11 makmal yang menerajui kaedah rawatan alternatif untuk pesakit kanser itu mangatakan, di Jepun, rawatan tersebut menelan kos yang agak tinggi selain pesakit terpaksa menunggu giliran yang lama.


Justeru, mereka ingin memperluaskan lagi kaedah rawatan itu di Malaysiadengan kerjasama Al Jabbar Group. Com dimana sebuah pusat rawatan akan didirikan dan kos perubatan yang ditawarkan juga rendah nberbanding di Jepun.


Peluang kerjasama antara kedua belah pihak ini turut memberi manfaat kepada kakitangan Al Jabbar Group. Com sendiri kerana kakitangan juga akan membuat lawatan ke Jepun bagi mendalami lagi kaedah rawatan tersebut


Antara nama-nama delegasi yang hadir:
1. Masaru Murata (Pengarah Operasi, In Mega Marine Sdn Bhd)
2. Katsuki Sawabe (Pengerusi, JMDI Inc.)
3. Koyofumi Takahashi (Pengarah Kewangan, JMDI Inc.)
4. Masataka Takahashi (Presiden JMDI Inc.)
5. Zarin Abdul Ghani (Pengarah In Mega Corporation Sdn Bhd)
6. Lionel Fernandez (Ketua Operasi, Serenade Sdn Bhd)
7. Masanori Yushimoto (Pengurus Besar, Murata Naval Design Sdn Bhd)
8. Yoshitomo Hayashi (Pengerusi Lembaga Penagarah, Healthcare Corporation IOUKAI)
9. Masaru Takahashi (COO, Kyosi Igaku Laboratory Co. LTD / Doktor di Klinik Kibounomori)