Tahun 2012 bagi masyarakat Tionghoa adalah tahun Naga Air. Tahun ini sering dikaitkan dengan kekuasaan. Bagi mereka yang dikaitkan dengan tahun naga, pada tahun ini mereka memiliki cukup keberanian untuk menghadapi halangan dan mudah menemukan titik kelemahan yang terdapat di jalan menuju kejayaan.
Monday, 23 January 2012
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Kenapa setiap orang perlu ada azam?
Azam, cita-cita dan matlamat, semuanya merujuk kepada satu definisi yang sama iaitu ‘impian anda’! Dalam perniagaan, kekeluargaan, kerjaya dan juga kewangan anda harus maju ke hadapan kerana masa telah berubah, zaman juga telah berubah melangkah jauh ke hadapan. Justeru, anda juga perlu bergegas maju ke hadapan. Persoalannya, pentingkah azam tahun baru? Sudah tentu ia sangat penting kerana tanpa azam samalah seperti anda mahu membidik sasaran tetapi tiada apa untuk ditembak. Anda punya peralatan yang cukup lengkap tetapi tiada sasaran. Maka, tiadalah booster, tiada gerakan dan tiada kemajuan. Hidup anda tidak akan berkembang dari takuk yang lama.
Ubahlah tahun 2012 ini menjadi tahun yang paling baik dari tahun-tahun sebelumnya. Pastikan fokus anda lebih ampuh untuk mencapai azam yang telah ditetapkan. Andai kata azam lama masih belum tercapai, berusahalah untuk mencapai azam itu. Apabila sudah berjaya barulah bergerak ke azam yang seterusnya. Hidup ini adalah satu proses perjalanan, bukan satu destinasi. Selepas mencapai satu matlamat, tetapkan lagi satu matlamat lain kemudian bergeraklah ke arahnya. Pasti anda akan berasa seronok dengan proses yang anda lalui sepanjang anda berusaha mengejar matlamat kerana ia ada episod yang tersendiri.
Sebuah azam akan menjadi sangat berbaloi jika anda membulatkan tekad mahu mencapai azam itu. Sebuah azam tidak akan berbaloi apabila anda cuma memikirkannya, bercakap mengenainya, berbahas mengenainya, bermimpi mengenainya, memvisualkannya, tetapi tiada tindakan dan strategi untuk merealisasikan azam tersebut. Semoga permulaan tahun 2012 ini kita sulami dengan tekad dan iltizam yang jitu dalam memajukan diri dan Al Jabbar Group.Monday, 2 January 2012
Selamat Tahun Baru 2012
Tahun 2011 telah pergi meninggalkan kita semua dan tidak mungkin kembali lagi dan kini tahun 2012 menjelma membawa segala harapan dan cabaran kepada semua. Tahun 2011 telah melakar banyak sejarah pahit dan manis, suka dan duka dan 2012 akan mengambil semua pengalaman ini menjadi pedoman.
Al Jabbar Group.Com tidak terlepas dengan segala kenangan dan cabaran sepanjang tahun 2011. Pelbagai suka duka telah dilakar sepanjang perjuangan memajukan perniagaan anak bumiputera ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2011 adalah:
1. Konvensyen Al Jabbar Group.Com yang pertama
2. Seminar Rakan Niaga Genting Highland Al Jabbar Group
3. Majlis Ibadah Korban perdana
4. Perhimpunan Agong Umno 2011
5. Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur
6. Seminar Rakan Niaga Port Dickson Al Jabbar Group
7. Pembukaan Rasmi Premis Rakan Niaga World Business Jabbar.Com
8. Program Rakan Niaga 2011
9. Perasmian Produk Baru: Jabbar Energy Sauna
10. Promosi Jualan Hujung Tahun 2011
Al Jabbar Group.Com tidak terlepas dengan segala kenangan dan cabaran sepanjang tahun 2011. Pelbagai suka duka telah dilakar sepanjang perjuangan memajukan perniagaan anak bumiputera ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2011 adalah:
1. Konvensyen Al Jabbar Group.Com yang pertama
2. Seminar Rakan Niaga Genting Highland Al Jabbar Group
3. Majlis Ibadah Korban perdana
4. Perhimpunan Agong Umno 2011
5. Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur
6. Seminar Rakan Niaga Port Dickson Al Jabbar Group
7. Pembukaan Rasmi Premis Rakan Niaga World Business Jabbar.Com
8. Program Rakan Niaga 2011
9. Perasmian Produk Baru: Jabbar Energy Sauna
10. Promosi Jualan Hujung Tahun 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)