Friday, 20 July 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Marhaban Ya Ramadhan...


Al Jabbar Group. Com dengan segala kerendahan hati mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Alhamdulillah, syukur kerana kita masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bertemu Ramadhan tahun ini.

           Semoga Ramadhan ini, kita sentiasa diberikan kesihatan, rezeki dan keberkatan agar kita dapat menjalankan ibadah puasa ini dengan sempurna serta mengambil peluang ini mensucikan zahir dan batin dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Moga Ramadhan ini, kita jadikan Ramadhan yang terbaik sepanjang penghidupan kita.

         Marilah kita sambut bulan yang penuh berkah ini dengan hati dan fikiran yang bersih kerana puasa sebenarnya adalah ‘madrasah’ bagi kita membentuk peribadi mulia dan unggul. Ramadhan, penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan keberkatan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan juga bulan pengampunan. Semoga puasa kita dirahmati Allah s.w.t.