Friday 20 July 2012

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Marhaban Ya Ramadhan...


Al Jabbar Group. Com dengan segala kerendahan hati mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Alhamdulillah, syukur kerana kita masih lagi diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bertemu Ramadhan tahun ini.

           Semoga Ramadhan ini, kita sentiasa diberikan kesihatan, rezeki dan keberkatan agar kita dapat menjalankan ibadah puasa ini dengan sempurna serta mengambil peluang ini mensucikan zahir dan batin dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Moga Ramadhan ini, kita jadikan Ramadhan yang terbaik sepanjang penghidupan kita.

         Marilah kita sambut bulan yang penuh berkah ini dengan hati dan fikiran yang bersih kerana puasa sebenarnya adalah ‘madrasah’ bagi kita membentuk peribadi mulia dan unggul. Ramadhan, penghulu segala bulan, bulan yang penuh dengan keberkatan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan juga bulan pengampunan. Semoga puasa kita dirahmati Allah s.w.t.


Monday 23 April 2012

KERJASAMA DENGAN DELEGASI JEPUN

PILIH AL JABBAR GROUP TERAJU PROGRAM RAWAT KANSER TAHAP III DAN IV

Pilihan itu juga dibuat kerana prestasi cemerlang Al Jabbar Group.Com dalam menerajui bidang perubatan alternatif moden serta pemasaran yang agresif dan berkesan dimana terbukti dengan penubuhan lebih 18 buah anak syarikat dan memilki 40 bilik pameran seluruh malaysia







Melihat pencapaian Al Jabbar Group.Com yang mempunyai ranking tertinggi dalam perniagaan perubatan alternatif moden di Malaysia, sebuah delegasi daripada Tokyo, Jepun berbesar hati ingin berganding bahu dalam usaha merawat dan mencegah kanser tahap ketiga dan keempat.


Pilihan itu juga dibuat kerana prestasi cemerlang Al Jabbar Group. Com dalam menerajui bidang perubatan alternatif moden serta pemasaran yang agresif dan berkesan dimana terbukti dengan penubuhan lebih 18 buah anak syarikat dan memiliki 40 buah bilik pameran di seluruh malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif Al Jabbar Group. Com, Mohd Kamaruzaman Che Hussain berkata, jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak memperluaskan lagi kaedah rawatan alternatif moden dimana ia memfokuskan kepada pesakit-pesakit kanser.


"Kami akan berganding bahu membantu pesakit kanser di negara ini menggunakan kaedah alternatif moden yang telah lama digunakan secara meluas di Jepun".


"Usaha ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial dan langkah awal mencegah kanser yang bermula daripada gaya hidup seseorang", katanya.


Sementara itu, Katsuki Sawabe salah seorang delegasi yang memiliki 14 hospital dan 11 makmal yang menerajui kaedah rawatan alternatif untuk pesakit kanser itu mangatakan, di Jepun, rawatan tersebut menelan kos yang agak tinggi selain pesakit terpaksa menunggu giliran yang lama.


Justeru, mereka ingin memperluaskan lagi kaedah rawatan itu di Malaysiadengan kerjasama Al Jabbar Group. Com dimana sebuah pusat rawatan akan didirikan dan kos perubatan yang ditawarkan juga rendah nberbanding di Jepun.


Peluang kerjasama antara kedua belah pihak ini turut memberi manfaat kepada kakitangan Al Jabbar Group. Com sendiri kerana kakitangan juga akan membuat lawatan ke Jepun bagi mendalami lagi kaedah rawatan tersebut


Antara nama-nama delegasi yang hadir:
1. Masaru Murata (Pengarah Operasi, In Mega Marine Sdn Bhd)
2. Katsuki Sawabe (Pengerusi, JMDI Inc.)
3. Koyofumi Takahashi (Pengarah Kewangan, JMDI Inc.)
4. Masataka Takahashi (Presiden JMDI Inc.)
5. Zarin Abdul Ghani (Pengarah In Mega Corporation Sdn Bhd)
6. Lionel Fernandez (Ketua Operasi, Serenade Sdn Bhd)
7. Masanori Yushimoto (Pengurus Besar, Murata Naval Design Sdn Bhd)
8. Yoshitomo Hayashi (Pengerusi Lembaga Penagarah, Healthcare Corporation IOUKAI)
9. Masaru Takahashi (COO, Kyosi Igaku Laboratory Co. LTD / Doktor di Klinik Kibounomori)

Monday 19 March 2012

Penapis Air Berakali Dr Jabbar Kini Dengan Harga Baru

Promosi Penapis Air Berakali Dr Jabbar semperna bulan Mac telah berakhir semalam (19 Mac 2012) dan kini harga baru telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu RM697 (Semenajung Malaysia) dan RM797 (Sabah & Sarawak). Walaupun promosi telah tamat, harga Penapis Air Dr Jabbar masih lagi yang termurah didalam pasaran sistem penapisan air. Anda boleh bandingkan sendiri di pengedar-pengedar lain. Dapatkan penapis air Dr Jabbar dengan harga baru ini selagi stock masih ada di cawangan-cawangan kami dan pengedar kami seluruh Malaysia 

Wednesday 7 March 2012

Promosi harga runtuh DR JABBAR


Miliki sistem penapisan air bio-energy beralkali tinggi di kediaman anda dengan harga terendah di sepanjang Mac ini. Kunjungi ibu pejabat Al Jabbar Group atau di bilik pameran yang berdekatan dengan anda untuk mengetahui lebih lanjut kelebihan sistem penapisan air Dr Jabbar. 
     

Promosi harga runtuh sepanjang MAC


Memandangkan produk-produk herba keluaran Al Jabbar Group.Com merupakan produk yang paling laris di pasaran, Al Jabbar Herbs menawarkan harga yang sangat istimewa iaitu RM15 bagi beberapa produk herba seperti :-
  • Jabbar 101
  • Jabbar Weight Capsule Pati Halia
  • Jabbar Ayuni 02
  • Jabbar Cappucino Collagen
  • Jabbar Gadis Cafe
  • Jabbar Hot Cafe
  • Kopi Sarang Burung Layang-Layang
  • Kopi Telur Puyuh Plus Halia
  • Kopi Goji Plus Tongkat Ali
  • Kopi Susu Kambing
Dapatkan segera produk pilihan anda dengan harga istimewa sehingga 31 Mac ini.



Thursday 9 February 2012

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA AL JABBAR SPORTS.COM

KATEGORI : UNDER 12 (LELAKI & PEREMPUAN)
: UNDER 16 (LELAKI & PEREMPUAN)
* TERBUKA (LELAKI & PEREMPUAN)
TARIKH : 3 MAC 2012 SABTU (PERINGKAT KUMPULAN)
: 4 MAC 2012 AHAD (PERINGKAT KE-2 - AKHIR)
TEMPAT : GALAKSI BANGI,SELANGOR
MASA : 8.00 PAGI - 10.00 MALAM
TARIKH TUTUP : 24 FEB 2012 (HARI JUMAAT & UNDIAN)

Monday 23 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Tahun 2012 bagi masyarakat Tionghoa adalah tahun Naga Air. Tahun ini sering dikaitkan dengan kekuasaan. Bagi mereka yang dikaitkan dengan tahun naga, pada tahun ini mereka memiliki cukup keberanian untuk menghadapi halangan dan mudah menemukan titik kelemahan yang terdapat di jalan menuju kejayaan.