Monday 26 December 2011

Jawatan Kosong: KONSULTANT CAWANGAN & PEGAWAI SUMBER MANUSIA

KINI, AL JABBAR MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN KEPADA SELURUH GRADUAN MUDA UNTUK MENTADBIR PERNIAGAAN SENDIRI DI BAWAH SISTEM PERNIAGAAN BERBENTUK SHOWROOM ELIT  DI BAWAH AL JABBAR GROUP. SELARAS DENGAN PERKEMBANGAN SYARIKAT, KAMI MEMPELAWA CALON YANG BERKELAYAKAN UNTUK MEMENUHI JAWATAN DI:


KONSULTANT UNTUK SHOWROOM AL JABBAR GROUP - 100 KEKOSONGAN
  1. Berkelulusan minima SPM / Diploma didalam apa jua bidang
  2. Mempunyai minat dalam bahagian pemasaran
  3. Boleh berkomunikasi dengan baik
  4. Boleh bekerja lebih masa
  5. Penempatan kerja diseluruh Malaysia
  6. Mempunyai kenderaan sendiri adalah digalakkan
  7. Latihan akan disediakan
FAEDAH:
  1. Pendapatan yang menarik
  2. Komisyen yang tinggi
  3. Suasana kerja yang selesa

PEGAWAI SUMBER MANUSIA - 3 KEKOSONGAN
  1. Berkelulusan minima Diploma / Ijazah didalam bidang Sumber Manusia
  2. Lelaki
  3. Calon Berpengalaman akan diberi keutamaan
  4. Tegas, berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi
  5. Sanggup bekerja lebih masa
  6. Sanggup bekerja luar kawasan (Outstation)
  7. Mempunyai kenderaan sendiri

Sila Hadir Ke Temuduga Terbuka Pada
26 - 31 DISEMBER 2011 (10am - 5pm) BERTEMPAT DI IBU PEJABAT
AL JABBAR GROUP, NO 13 JALAN PRIMA SAUJANA 1/1A, TAMAN PRIMA SAUJANA,
SEKSYEN 1, 43000 KAJANG SELANGOR




BAGI JAWATAN KONSULTANT, ANDA JUGA BOLEH HADIR UNTUK TEMUDUGA DI:
1- KILANG AL JABBAR MANUFACTURING (KOTA BHARU)
Bt. 18, Kawasan Perindustrian Mara (KIM), Jalan Padang Tembak, 16100 Pengkalan Chepa,
Kota Bharu, Kelantan (PADA 23/12/11 - 10AM - 5PM)

2 - SHOWROOM JOHOR BHARU
No:49, Jalan Segget, 80000, Johor Bharu, Johor (PADA 27/12/11 - 10AM - 5PM)

3 - SHOWROOM MELAKA
No:194, Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, 75000, Melaka (PADA 28/12/11 - 10AM - 5PM)

4 - SHOWROOM SEREMBAN
No:37-38, Jalan Dato' Bandar Tunggal, 70000, Seremban, Negeri Sembilan
(PADA 29/12/11 - 10AM - 5PM)

* Sila Bawa 2 Salinan Resume, 2 Salinan Sijil, 2 Keping Gambar Berukuran Pasport

Email: vacancy@aljabbargroup.com
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di talian 03-8733 3401 / 5233, 010-4324 494

Tuesday 20 December 2011

Jualan Promosi Hujung Tahun Al Jabbar Group.Com



Al Jabbar Group.Com telah melancarkan promosi besar-besaran semperna hujung tahun 2011 dengan pelbagai hadiah percuma bagi pembelian produk Al Jabbar Healthcare, Al Jabbar Herbs, Al Jabbar Water Filter, Al Jabbar Tonik Hati serta Al Jabbar Sports.


Antara Hadiah Percuma Untuk Setiap Pembelian Produk Al Jabbar Group.Com ialah
Bil Pakej Hadiah Percuma
1. Dr Jism
Dr Jism 10 Series
  1. Dapur Halogen
  2. Cookware
  3. Al Quran Digital
  4. Topi & T-Shirt Al Jabbar
  5. Payung
  6. Jam & Keychain
2. Dr Jabbar (Pakej A)
  1. Termos Aura / Blood Preasure Monitor
  2. Topi & T-Shirt Al Jabbar
  3. Jam & Keychain
3. Dr Jabbar (Pakej B)
  1. Cookware
  2. Topi & T-Shirt Al Jabbar
  3. Jam & Keychain
  4. Payung


SET HERBA
Bil Pakej Harga Pasaran Hadiah Percuma
1. Pembelian Minimum Harga Asal 1 Botol
50 Set Romantik RM35
50 Ayuni 02 + 50 Jabbar 101 Harga 50% = 17.50
Extra 5% = 55 % Promosi 55% = RM15.75
2. Setiap Pembelian RM50 Tidak Kira Apa-Apa Pun Produk Herba
Percuma 1 Botol Jus Jabbar
3. Tonik Hati (Harga Rakan Niaga)
RM1,300.00
(Harga Jualan)
RM1,500.00
  1. Topi & T-Shirt Al Jabbar
  2. Payung
  3. Jam & Keychain
  4. Topi

Monday 19 December 2011

Jualan Murah Akhir Tahun Al Jabbar Sports.Com


Al Jabbar Sports.Com telah melancarkan promosi jualan hujung tahun yang melibatkan keseluruhan outlet Al Jabbar Sport di Seri Bangi, Semenyih, Jalan Reko dan Kubang Kerian. Kami akan memberikan potongan harga bagi kesemua barangan mengikut jenama kecuali bagi barangan aksesori. Potongan harga adalah berikut:

1. Adidas     -     30%
2. Nike        -     30%
3. Kappa     -     35%
4. Kronos    -     40%
5. Line 7      -     30%

Alamat Premis Al Jabbar Sports.Com

Al Jabbar Sports.Com Seri Bangi
No.35 & 36, Seri Bangi,
Jalan 8/35, Seksyen 8,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Al Jabbar Sports.Com Jalan Reko
No.35G, Jalan Reko Sentral 2,
Taman Reko Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Al Jabbar Sports.Com Semenyih
No.36, Jalan TPS 1/2,
Taman Pelangi Semenyih,
43500 Semenyih,
Selangor Darul Ehsan.

Al Jabbar Sports.Com Kubang Kerian
Ground Floor PT 1673,
Jalan Raja Zainab 2,
16150 Kota Bharu,
Kelantan.

Tuesday 13 December 2011

Konvensyen Al Jabbar Group.Com 2011

TENTATIF PROGRAM

SELASA, 13 DISEMBER 2011
0900 BERKUMPUL DI IBU PEJABAT
1030 BERTOLAK KE GENTING HIGLAND
1100 - 1400 PENDAFTARAN
1400 - 1430 PERASMIAN KONVENSYEN AJG 2011
1630 - 1645 MINUM PETANG / SOLAT ASAR
1645 - 1845 PENGUSULAN
1845 - 2000 REHAT (MAKAN MALAM)
2000 - 2230 PENGUSULAN BERSAMBUNG
2230 - 2245 MINUM MALAM
2245 - 0000 PENGUSULAN BERSAMBUNG KESEESOKAN HARI
***KONVENSYEN DITANGGUHKAN***


RABU, 14 DISEMBER 2011
0700 - 0900 SARAPAN PAGI
0900 - 1030 PENGUSULAN BERSAMBUNG
1030 - 1045 MINUM PAGI
1045 - 1300 PENGUSULAN BERSAMBUNG
1300 - 1400 MAKAN TENGAH HARI
1400 - 1630 PENGUSULAN BERSAMBUNG
1630 - 1645 MINUM PETANG
1645 - 1845 PENGUSULAN BERSAMBUNG
1845 - 2000 REHAT / SOLAT MAGHRIB
2000 - 0000 MAKAN MALAM AJG 2011
TEMA "TIRU GAYA ARTIS"


KHAMIS, 15 DISEMBER 2011
0700 - 1000 SARAPAN PAGI
1000 - 1300 PENGUSULAN & PENUTUP OLEH
EN. MOHD KAMARUZZAMAN CHE HUSSAIN (KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AJG)
***MAJLIS TAMAT***

Monday 12 December 2011

Konvensyen Al Jabbar Group.Com 2011

Genting View Resort, 13 Disember 2011 - Al Jabbar Group.Com sedang menganjurkan sebuah konvensyen tahunan syarikat iaitu sebuah majlis persidangan ketua-ketua serta wakil syarikat bagi membentangkan idea dan cadangan bagi membantu syarikat untuk lebih berkembang dan lebih berdaya saing pada masa akan datang.

Majlis ini melibatkan hampir keseluruhan staff Al Jabbar Group iaitu lebih kurang 320 orang serta beberapa tenaga kerja bantuan bagi melicinkan pergerakkan majlis. Bagi wakil bersidang, dianggarkan lebih 45 wakil akan menyampaikan persidangan dihadapan lebih 300 staff yang hadir.



Wednesday 30 November 2011

Perhimpunan Agong Umno 2011

Putra World Trade Center (PWTC), 30 November 2011 - Semperna Perhimpunan Agong Umno 2011 ini, Al Jabbar Group selaku salah sebuah syarikat korporat melayu telah menyertai pameran korporat yang juga disertai oleh banyak lagi syarikat-syarikat besar.

Al Jabbar Group Sdn Bhd mensasarkan kunjungan lebih 5000 pengunjung ke bahagian pameran syarikat untuk mencuba pelbagai produk Al Jabbar Group terutamanya mesin terapi Dr Jism, Family Dr, Dr Jism 10 dan Therapysm. Kami menyediakan perkhidmatan konsultasi penyakit dan produk kepada pengunjung serta percubaan rawatan menggunakan mesin terapi kami.


Datanglah beramai-ramai ke ruang pameran Al Jabbar Group.Com di PWTC, dan jangan lepaskan peluang mencuba produk ternama kami. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: +603 8737 9476 atau lihat kami di facebook: http://www.facebook.com/aljabbargroup






Wednesday 9 November 2011

Majlis Ibadah Korban Perdana Al Jabbar Group 2011

Prima Saujana, Kajang, 9 November 2011 - Al Jabbar Group telah menganjurkan sebuah majlis yang julung-julung kali diadakan syarikat iaitu "Majlis Korban Perdana Al Jabbar Group" semperna menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha. Majlis yang dianjurkan oleh CEO Al Jabbar Group sendiri melibatkan lebih kurang 200 tenaga kerja Al Jabbar Group serta di bantu oleh penduduk sekitar Prima Saujana.

Al Jabbar Group telah menyumbangkan 10 ekor lembu serta seekor kambing, sumbangan dari salah seorang pengunjung majlis. Majlis diadakan di tanah lapang perumahan Prima Saujana bermula jam 7.30 pagi. Rewang juga diadakan melibatkan penyertaan staff serta org ramai. Sebanyak 7 menu utama telah dihidangkan bagi menjamu peserta program dan orang ramai yang hadir.

Pihak syarikat juga berasa bangga kerana majlis turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Datuk Markiman Kobiran bagi memeriahkan majlis korban perdana ini. Datuk juga telah disajikan makanan yang telah dimasak sendiri oleh staff syarikat.

Daging-daging korban telah diagih-agihkan kepada penduduk sekitar, staff syarikat serta fakir miskin. Untuk melihat dengan lebih dekat perjalanan majlis tersebut, boleh layari laman sosial Al Jabbar Group: http://www.facebook.com/aljabbargroup






Friday 21 October 2011

Rakan Niaga Al Jabbar Group Kini Di Kuching, Sarawak

Grand Margherita Hotel, Kuching, Sarawak, 22 Oktober 2011 - Selesai pertemuan World Business Jabbar Dot Com bersama pelabur-pelabur dari Sabah. Pihak syarikat sangat berpuas hati dengan sambutan yang menggalakkan dari penduduk Sabah terutamanya dari Kota Kinabalu. World Business Jabbar Dot Com telah berjaya mengumpulkan pelaburan sekurang-kurangnya 1 Juta hanya di kawasan Kota Kinabalu sahaja.

Kini kami di negeri kedua terbesar di kawasan selatan pantai Borneo iaitu "SARAWAK"..Syarikat sangat optimis dengan sambutan yang bakal diterima oleh penduduk dari Sarawak. Kami akan berada disini sekurang-kurangnya 4 hari.

Kami berada betul2 di tengah bandar Kuching iaitu "Grand Margherita Hotel" Kuching, Sarawak. Terdapat mercu tanda bandar kuching di hadapan hotel penginapan kami ini. Amat mudah dicari dan kawasan ini sangat dikenali oleh penduduk di kawasan Kuching.

Kami mencari para pelabur yang mahu mendirikan kerjasama perniagaan bersama-sama World Business Jabbar Dot Com. Kami menyediakan latihan, produk dan konsultasi bagi setiap pengunjung yang mengunjungi kami disini.

Kami telah memiliki rangkaian perniagaan yang sangat luas di Semenanjung dan yang terbaru, di Sabah. Kami turut  membuka peluang ini di Sarawak. Para pelabur bakal memiliki keuntungan sekurang-kurangnya RM50,000 - RM100,000 setiap bulan. Bagaimana caranya, temui kami atau hubungi kami di talian: +6012 6807 844. 

Sekali lagi, kami di GRAND MARGHERITA HOTEL, KUCHING, SARAWAK






Tuesday 18 October 2011

Program Rakan Niaga Di 1 Borneo Hypermall, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah

1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah, 19 Oktober 2011 - Program Rakan Niaga World Business Jabbar Dot Com kini membuka "Booth" syarikat di kompleks beli belah terkenal di Kota Kinabalu iaitu '1 Borneo Hypermall' bagi memudahkan orang terutama penduduk sekitar untuk berjumpa serta bertemu dengan wakil2 World Business Jabbar Dot Com sama ada untuk mencuba pelbagai produk keluaran Al Jabbar Group atau mendapatkan maklumat mengenai penyakit atau pelaburan perniagaan bagi menyertai Al Jabbar sebagai rakan niaga.

Al Jabbar Group mengorak langkah drastik dengan membuka booth syarikat kerana yakin, masih ramai yang berminat untuk membuat pelaburan bersama Al Jabbar dibawah sub-syarikat baru iaitu World Business Jabbar Dot Com.

Dengan kejayaan yang dicapai pada beberapa hari berada di Kota Kinabalu, pihak syarikat begitu optimis dengan program ini dan bakal meneruskannya ke seluruh Malaysia kelak.


Monday 17 October 2011

Program Rakan Niaga Jelajah Pulau Borneo

Kota Kinabalu, Sabah, 17 Oktober 2011,  - Al Jabbar Group telah menyelesaikan hari pertama di Grand Hyatt Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah dan telah berjaya mengumpulkan pelaburan sekurang-kurangnya RM800,000 dari pelabur sekitar Kota Kinabalu.

Sambutan pada hari pertama di Kota Kinabalu sangat menggalakkan dan dijangka pelaburan bakal meningkat menjelang 2-3 hari lagi. Pelaburan di Sabah sangat bakal menguntungkan pelabur-pelabur disini kerana dari segi geografinya, Sabah mempunyai kawasan yang cukup luas untuk pelabur mendirikan perniagaan.

Al Jabbar Group menjangkakan lebih banyak para pelabur yang akan datang sebelum Al Jabbar memulakan jelajah program ke Sarawak.

Sunday 9 October 2011

Jelajah Pantai Timur Al Jabbar Group Sdn Bhd

Renaissance Hotel, Kota Bharu, Kelantan, 9 Oktober 2011 - Jelajah pencarian rakan niaga di pantai timur hampir ke kemuncak. Kami masih membuka peluang kepada warga pantai timur untuk bertemu dengan Team Jelajah Al Jabbar Group di Renaissance Hotel Kota Bharu. Hubungi Kami untuk maklumat lanjut : 0195293505 / 0195293504



Wednesday 5 October 2011

Peluang Menjadi Rakan Niaga Al Jabbar Group Sdn Bhd

Primula Beach Resort Hotel, Kuala Terengganu, 5 Oktober 2011 - Al Jabbar Group Sdn Bhd berhasrat untuk membuka lebih 300 premis perniagaan baru di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menjelang tahun 2012. Hasrat ini bakal menelan pelaburan lebih 400 juta iaitu pelaburan yang berani di lakukan oleh CEO Al Jabbargroup, En. Kamaruzaman Che Hussain kerana beliau yakin, pelaburan yang besar bakal membawa pulangan yang besar kepada syarikat satu hari nanti.

Kejayaan yang telah dikecapi oleh CEO sepanjang 14 tahun mengemudi Al Jabbar Group Sdn Bhd ingin dikongsi bersama orang ramai terutama Bumiputera dengan mewujudkan sebuah program "Rakan Niaga Bersama Al Jabbar Group" dengan menjangkakan pulangan kepada rakan niaga sebanyak RM50,000 - RM100,000. Di awal program, Al Jabbar Group telah membawa seramai 40 tenaga kerja ke Utara bagi memudahkan penduduk utara untuk berjumpa sendiri dengan CEO Al Jabbar Group. Antara negeri yang telah dijelajah ialah Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Sambutan dari penduduk utara sangat menggalakkan dan kini aljabbar telah memiliki rangkaian rakan niaga yang luas di bahagian utara.Dengan Keyakinan yang tinggi oleh penduduk utara, Al Jabbar telah berjaya memperoleh pelaburan sekurang-kurangnya 3 juta.Dengan ini, Al Jabbar Akan memiliki 75 premis baru di utara sahaja.

Kejayaan yang diperolehi di utara memberi inspirasi kepada CEO untuk terus Meraih Keyakinan para pelabur di bahagian pantai timur pula.Kini kami berada di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu Sehingga 7 oktober Dan kami Akan terus bergerak ke Kota Bharu, Kelantan.Orang ramai yang berada di Pantai Timur dialu-alukan menemui kami.Untuk maklumat lanjut, boleh Hubungi kami di nombor, 0195293505/0195293504