Wednesday 9 November 2011

Majlis Ibadah Korban Perdana Al Jabbar Group 2011

Prima Saujana, Kajang, 9 November 2011 - Al Jabbar Group telah menganjurkan sebuah majlis yang julung-julung kali diadakan syarikat iaitu "Majlis Korban Perdana Al Jabbar Group" semperna menyambut kedatangan Hari Raya Aidiladha. Majlis yang dianjurkan oleh CEO Al Jabbar Group sendiri melibatkan lebih kurang 200 tenaga kerja Al Jabbar Group serta di bantu oleh penduduk sekitar Prima Saujana.

Al Jabbar Group telah menyumbangkan 10 ekor lembu serta seekor kambing, sumbangan dari salah seorang pengunjung majlis. Majlis diadakan di tanah lapang perumahan Prima Saujana bermula jam 7.30 pagi. Rewang juga diadakan melibatkan penyertaan staff serta org ramai. Sebanyak 7 menu utama telah dihidangkan bagi menjamu peserta program dan orang ramai yang hadir.

Pihak syarikat juga berasa bangga kerana majlis turut dihadiri oleh Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Datuk Markiman Kobiran bagi memeriahkan majlis korban perdana ini. Datuk juga telah disajikan makanan yang telah dimasak sendiri oleh staff syarikat.

Daging-daging korban telah diagih-agihkan kepada penduduk sekitar, staff syarikat serta fakir miskin. Untuk melihat dengan lebih dekat perjalanan majlis tersebut, boleh layari laman sosial Al Jabbar Group: http://www.facebook.com/aljabbargroup






No comments:

Post a Comment